
Anonymous
5 tahun
Tumit kaki kanan sering bisa
saya berusia 30 tumit kaki kanan saya sakit kalau dibuat berjalan…tp bila tidak melakukan activi akan jadi bisa…adalah kerana gaot…apa yang harus saya lakukan selain dari makan ubat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kesakitan pada tumit boleh disebabkan:
- Kecederaan - Kecederaan pada tumit disebabkan oleh retakan tekanan
- Terseliuh
- Plantar fasciitis - Keradangan tisu penghubung pada tapak kaki
- Bursitis - Bursa adalah pelindung antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan bengkak dan sakit di tumit
- Metatarsalgia - akibat berjalan lama atau sukan berimpak
Bagi mengurangkan kesakitan yang dialami serta mencegah perkara ini daripada terus berlaku, anda boleh amalkan beberapa langkah ini:
- Elakkan memakai kasut tumit tinggi terlalu lama
- Pakai kasut yang selesa
- Pakai kasut yang sesuai bila bersukan
- Penggunaan “hot/cold packs” atau pun botol air sejuk
- Ubat anti-keradangan seperti ibuprofen ataupun krim sapuan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.