nhayatiy1202
4 tahun
Ubat amoxcyillin untuk bayi demam
Baby Sya 7 bulan diberi syrup amoxcyillin utk 5 hari 3 kali sehari. Sudah 3 dose yg telah diberi kpd bayi. Tpi demam masih ada dan kurang mkn sbb demam. Sya nk tanya brape Lama ubat tu akan berkesan.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ubat antibiotik perlu dihabiskan sepertimana arahan doktor sebelum menentukan jika rawatan efektif atau tidak. Proses pemulihan juga bergantung kepada keupayaan tubuh badan bayi anda untuk melawan jangkitan tersebut.
Maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.