
Sulit
4 tahun
Ubat batuk dan ibu menyusu
doktor, sy mengalami batuk2 dan sakit tekak… bolehkah sy minum ubat batuk (cap ibu dan anak) ketika sy menyusu anak?
bayi sy baru berusia sebulan.
terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Saya tidak sarankan untuk mengambil apa-apa ubat sewaktu tempoh menyusukan bayi tanpa berjumpa dengan doktor dahulu. Terdapat maklumat yang terhad tentang ubat yang anda nyatakan untuk mengetahui bahawa ia adalah sesuai untuk ibu yang menyusu. Disebabkan kekurangan maklumat tentang hal ini, sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini.
Oleh itu, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan dan dapatkan rawatan yang selamat digunakan untuk ibu yang menyusu.
Selain daripada ubat batuk, anda boleh melegakan batuk & kahak dengan beberapa langkah:
- Mengambil minuman panas tanpa gula seperti air lemon dan madu
- Kurangkan makanan pedas dan berminyak
- Jauhi rokok atau orang lain yang merokok
- Minum air putih dengan kerap
- Dapatkan rehat yang secukupnya
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.