anarisya
4 tahun
Ubat cacing, bilakah boleh diberikan kepada anak( syarat selain umur)
Anak saya 1 tahun 2 minggu. Saya nak tanya klu nak bagi ubat cacing, Bolehkah bagi semasa dia demam? Demam dia low grade sahaja. Dia juga baru baik batuk dan selsema.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Untuk pengetahuan anda, Albendazole (ubat cacing) boleh menurunkan jumlah sel darah putih secara sementara dalam darah anda, meningkatkan kemungkinan mendapat jangkitan/demam. Ia juga boleh menurunkan jumlah platelet, yang diperlukan untuk pembekuan darah yang betul. Anda tidak dinasihatkan mengambil ubat cacing ketika demam.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.