
Sulit
3 tahun
Ubat cair darah jenis dabigatran
Saya nak tahu tentang ubat cair darah jenis dabigatran.macam mana cara untuk doktor tentukan dos yang sesuai untuk pesakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, dos untuk setiap ubat bergantung pada beberapa faktor seperti:
- umur
- berat badan
- jantina
- kaedah penyerapan ubat tersebut
- masa diambil oleh ubat tersebut untuk diserap badan
- faktor persekitaran
- keadaan penyakit, dll
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor