Sulit
3 tahun
Ubat carbimazole dn ubat lain tiroid
Sy Wnita 21 yg sdg mnghdp pnyakit tiroid iaitu hiprtiroid,saat ini doctor hnya beri sy ubt carbimazole…ble ka ubat ini mngurangi gejalanya?atau pun prlu lagi ubat2 tambhan tiroid?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, carbimazole adalah ubat yang diberikan oleh penyakit hipertiroid. Fungsi ubat ini adalah untuk mengurangkan pengambilan iodin oleh kelenjar tiroid dan mengurangkan produksi hormon tiroid dan seterusnya dapat mengawal hormon tiroid di dalam badan anda dan mengurangkan gejalanya. Terdapat beberapa lagi ubat yang boleh diberi kepada pesakit tiroid seperti propylthiouracil (PTU) dan propranolol tetapi ianya memerlukan preskripsi doktor kerana ubat-ubatan tersebut merupakan ubat yang terkawal.
Ketahui tentang penyakit hipertiroid dengan lebih mendalam. Pakar Endokrinologi boleh membantu anda.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.