Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Ubat hilangkan bengkak

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Julai 31, 2020 12:58 AM

Sulit 2 bulan

Kepala zakar saya bengkak akibat terlanggar bucu meja
Saya sudah pergi klinik,dokter memberi ubat antibiotik dan sod bicarb/citric asid/sod cit
Kencing dah kurang sakit tapi bengkak masih sama.
Ini soalan saya Apakah ubat yang boleh untuk hilangkan bengkak?

Dr Ramzdhan 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Perlu untuk diketahui bahawa kami tidak boleh untuk mengesyorkan apa-apa rawatan sebelum mengetahui punca yang menyebabkan berlakunya kebengkakan pada zakar anda. Dengan mengetahui punca, jenis rawatan yang sesuai dapat diberikan dalam menyelesaikan kesakitan anda.

Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan masalah zakar bengkak. Antaranya:

  • Jangkitan kelamin seperti gonorea (simptom lain: nanah)
  • Jangkitan saluran kencing (rasa pedih ketika kencing)
  • Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
  • Luka pada zakar yang dijangkiti kuman
  • Tidak menjaga kebersihan selepas kencing

Untuk mengetahui punca masalah yang dihadapi oleh anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih

Dikemaskini pada: Fri Jul 31 2020 00:58:33 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang penyakit kelamin secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Saya rasa gatal di bahagian kemaluan, lendir yang pekat di dalam faraj, kulit kemaluan yang kelihatannya membengkak,merah², lendir yang padat/kental Selamat malam Dr. Sy seorang perempuan berumur 21 tahun. Sejak beberapa hari ini bahagian kemaluan saya sepertinya membengkak (rasanya,kerana seperti ada biji² tapi bila saya periksa tidak ada )… Baca lagi...
7 hari
Sulit
Sakit di bahagian sulit Hi doktor… Sy dalam keadaan haid dn dlm masa yg sama sy mngalami sakit dn pedih di bhagian dlam dn luar faraj… Sy lihat di cermin terdapat beberapa luka putih seperti ulser di dalam dan luar far… Baca lagi...
14 hari
Sulit
Buah kanan besar sebelah Salam doktor,testis kanan suami sy besar sebelah, pd mulanya senak kemudian besar sebelah kanan, kenapa ye? Setakat ni takde rasa sakit cuma tak selesa… tolong sy doktor… Baca lagi...
3 hari
Sulit
Maklumat tentang Siplis dan hiv Adakah penyakit siplis dan hiv berhubungkait? Jika seseorang itu terkena siplis, adakah dia juga terkena hiv? Baca lagi...
2 hari
Sulit
Risiko mengidap sifilis Selamat sejahtera Dr, Untuk makluman Dr, suami saya dijangkiti sifilis dan telah mendapatkan rawatan sewajarnya. Bacaan menunjukkan penurunan yang ketara. Bagaimanapun, saya khuatir masih dijan… Baca lagi...
8 hari
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15