
Sulit
3 tahun
Ubat lancar haid untuk mendatangkan haid
Hai sy berlumur 29th mempunyai ank yg Sgt rapat baru2 ini sy lewat priod sebulan dh sya terlah positif upt. Sy amat tertekan kerana ada ank masih kecil Dan tidak merancang. sya terlah makan pil lancar haid baru 4biji tetapi tiada apa2 berlaku. Ada kah ia berbahaya bagi saya adakah sya akan kedatangan haid kembali selepas saya makan pil lancar haid

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami
Untuk makluman anda, jika anda telah sah hamil, adalah tidak dibenarkan untuk mengambil sebarangan ubat kerana ia boleh mengugat kesihatan si ibu dan juga anak dalam kandungan. Disarankan untuk anda merujuk doktor dan berbincang bagi mencari solusi yang terbaik.
Buat masa sekarang, dinasihatkan berhenti daripada meneruskan pengambilan ubat lancarkan haid kerana ia boleh memudaratkan kesihatan anda dan juga kandungan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas daripada doktor kami. Terima kasih.