
Sulit
5 tahun
Ubat perancang keluarga
Doktor ,saya nak tanya nie…saya baru mula makan ubat perancang hari nie…mula makan jam 8 malam …Saya dan suami baru lepas bersama,suami saya pancut dalam…ubat itu berkesan kah supaya saya tak hamil…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan sebarang pil perancang tidak berfungsi serta merta. Kaedah perancangan keluarga yang menggunakan kaedah pil, memerlukan masa untuk bertindak dan ia pada amnya mengambil beberapa hari. Sekiranya anda mengambil pil kecemasan, maka barulah ia akan bertindak dengan cepat, Namun begitu, pil kecemasan hanya boleh digunakan sekali sahaja dalam 1 kitaran haid dan bukannya untuk jangka masa panjang. Jika anda baru sahaja ambil pil perancang, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah tambahan seperti pemakaian kondom oleh suami anda.
Sekiranya masalah ini berlanjutan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.