Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Ujian bacaan kepekatan darah menunujukkan darah cair tetapi bacaan platelet tinggi

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Julai 30, 2020 9:41 AM

Sulit 5 bulan

Baru-baru ini saya menjalani ujian darah dan result mendapati saya saya mengalami low HB (9.3) dan bacaan bagi kepekatan darah juga rendah menunjukkan kandungan darah saya agak cair. walaubagaimanapun bacaan platelet adalah tinggi iaitu 441. Boleh doktor terangkan gejala seperti ini memandangkan sumber2 bahan bacaan kesihatan memberitahu risiko platelet tinggi kerana megalami pembekuan darah yang cepat atau darah pekat. Sedangkan bacaan kepekatan darah saya berada di bawah paras normal (darah cair). Mohon penjelasan… Terima Kasih

Dr Ramzdhan 5 bulan
General Practitioner

Terima kasih atas soalan berikut,

Kami ambil maklum bahawa anda mengalami masalah kekurangan darah merah dan juga darah cair. Untuk pengetahuan anda, kepekatan darah ini bergantung kepada kuantiti platelet dalam darah. Platelet merupakan komponen dalam darah yang bertindak sebagai agen untuk membekukan pendarahan jika berlaku luka atau pendarahan.

Pesakit yang mengalami masalah darah cair akan mengalami simptom seperti pendarahan yang berlaku secara spontan, luka berdarah yang tidak berhenti dan juga kelihatan pucat jika kehilangan banyak darah. Punca yang menyebabkan darah cair adalah seperti berikut:

  • Jangkitan
  • Kegagalan hati
  • Pengambilan ubat cair darah
  • Masalah limpa (spleen)
  • Faktor genetik
  • Kehamilan

Sekiranya anda mempunyai masalah-masalah ini, anda disarankan untuk merujuk dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu Jul 30 2020 09:41:46 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar tentang kesihatan am secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Tak sedap badan kaki sejuk Saya wanita 20 an , beberapa hari saya merasa badan lesu tk bermaya tapi bila chat suhu , suhu saya normal sahaja , tetapi hujung kaki saya sejuk dan badan tidak bermaya , perut sakit Baca lagi...
6 hari
Sulit
Sakit kepala rasa mahu muntah tapi lepas makan okay balik Kadang² saya rasa panas badan pening kepala rasa mahu muntah tapi bila saya makan semua akan okay Baca lagi...
14 jam
Sulit
Jahitan bersalin belum sembuh Assalammualaikum saya nak tnya , kalau luka bersalin normal belum sembuh dah nak dekat sebulan tu normal ka atau tak ? Saya bersalin anak pertama . Mak dan adik beradik saya hairan kenapa luka l… Baca lagi...
13 jam
Sulit
Jari kuku tangan sakit bengkak dan berdenyut-denyut Saya wanita 470tahun.kuku terbelah sikit, saya tarik sekali kulit di tepi kuku Baca lagi...
3 hari
Sulit
Hidung pedih setiap kali bernafas. Dada yang pedih dan terasa sesak. Mata sentiasa pedih dan berair Saya berumur 17 tahun dan hidung saya pedih setiap kali saya bernafas. Saya pakai mask supaya kurang pedih. Dada saya juga sakit seperti ditekan. Mata saya selalu pedih dan berair Baca lagi...
5 hari