
Sulit
4 tahun
Ujian Darah WBC Tinggi
Saya pernah terkena jangkitan Sifilis lebih 10 tahun dahulu, dan telah mengubatinya dengan pangambilan Doxycilin. Walau bagaimanapun, setelah hampir lebih 10 tahun, saya dapati result darah saya seperti berikut:
WBC 13.1 (High)
RBC 6.4 (High)
% HCT 50/2 (High)
MCH 25.2 (Low)
PDW 12.6 (High)
Neutrophils 8.24 (High)
Monocytes 1.10 (High)
Adakah ia berkaitan dengan jangkitan Sifilis terdahulu, atau ada kemungkinan sakit lain yang baharu ?
What would be next recommended blood/urine test would be recommended ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Mohon maaf, kerana informasi yang diberikan belum cukup untuk menggambarkan perkara yang sebenar atau kondisi kesihatan anda. Setiap pemeriksaan laboratorium perlu diiringi dengan:
- hasil soal selidik (anamnesis / clerking) pesakit,
- hasil penilaian faktor risiko
- hasil pemeriksaan fizikal
- dan hasil pemeriksaan diagnostik yang lain (pengimejan, laboratorium, darah, dll.)
Bagi menentukan diagnosis kerja yang paling tepat. Justeru adalah lebih baik anda merujuk kepada doktor anda yang meminta ujian darah tersebut dilakukan atau berjumpa secara langsung doktor di klinik atau hospital yang terdekat. Disamping itu, setiap lapisan pemeriksaan lazimnya mempunyai doktor pakar masing-masing untuk menilai hasil pemeriksaan-pemeriksaan tersebut.
Oleh itu, saya sarankan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda dan apakah terdapat kaitan dengan sejarah penyakit sifilis yang pernah dialami, pemeriksaan yang lebih terperinci dari pihak kami perlu dilakukan terlebih dahulu. Maka dengan itu, kami menasihatkan agar anda tetap mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Additionally, a visit to a medical doctor must be made prior to any further clinical test recommendation.
Inginkan penjelasan lanjut dari doktor pakar? Clinical Haematologist kami sedia membantu
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.