Anonymous
6 tahun
Ujian gula dalam darah
Assalam doc
bole saya tanya mengenai bacaan gula dalam darah. saya seorang wanita berumur 35tahun…
fasting blood sugar 8jam dari malam ke pagi 5.2mmol, selepas 2jam makan 5.8mmol…kemudian selepas 2jam lagi saya test 4.6mmol. soalan saya kenapa bila tidak makan mlebihi 6jam gula saya 5.1/ 5.2? selepas makan boleh pulak turun bawah 5mmol…adakah ini masalah dan bolehkah kena diabetic?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, berdasarkan bacaan gula yang anda terangkan, bacaan tersebut adalah normal. Bacaan gula normal terbahagi kepada dua iaitu bacaan ketika berpuasa dan tidak berpuasa. Bagi gula ketika berpuasa bacaan normal adalah di bawah 7mmol/L, dan bacaan ketika tidak berpuasa dikira normal di bawah 11 mmol/L.
Bacaan gula dalam darah boleh berbeza bergantung kepada pelbagai faktor seperti jenis makanan yang diambil, aktiviti yang dilakukan serta tahap metabolisma seseorang.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih




























