
Sulit
3 tahun
Ujian kehamilan pakai upt murah Tak Naik 2 line
Sy wanita 33thn…Hari pertama last period sy 25/08/21…pd bulan 9 sy xade period…sy check pakai upt biasa semua Naik 1 line je…sy check pd 8/10 pakai clearblue digital… 1-2 week…tp bila sy check pakai upt biasa masih negative…pd 20/10 awl pagi sy check pakai clearblue biasa tu line ke2 masih samar…jd sy pegi klinik mereka check negatif pulak…mrk suruh sy pegi klinik 2 minggu lagi…adakah sy mengandung??..mengandung 2x xpernah mcm ni…hrp dpt jwpn dri dr…tqvm

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang dapat menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Mengambil ujian kehamilan terlalu awal.
Ujian kehamilan berfungsi dengan mengesan hCG iaitu hormon kehamilan. Jika anda cukup yakin anda hamil tetapi mempunyai keputusan ujian negatif, salah satu sebab yang paling biasa ialah anda telah mengambil ujian kehamilan terlalu awal, dan tubuh anda belum menghasilkan hormon hCG yang cukup untuk ujian tersebut mengesannya. hCG boleh dikesan dalam air kencing sekurang-kurangnya dua minggu selepas persenyawaan berlaku.
Untuk keputusan ujian yang tepat 99%, ujian ini perlu mengesan sekurang-kurangnya 25 mili-unit antarabangsa bagi setiap mililiter (mIU / mL). Dalam dua minggu pertama kehamilan, hanya kira-kira 10 mlU / ml hCG dapat dihasilkan.
Alat Ujian Kehamilan Telah Rosak
Ujian tersebut mungkin telah tamat tempoh, atau mungkin disimpan di tempat yang tidak sesuai (contohnya dalam kabinet bilik mandi yang basah). Beli UPT atau alat ujian kehamilan yang baru, dan cuba lagi untuk memastikan keputusannya tepat.Anda Tidak Mematuhi Arahan dengan betul
Baca arahan di pakej ujian kehamilan anda dengan berhati-hati supaya anda dapat mengendalikan ujian dengan baik. Oleh kerana ujian adalah bersifat mementingkan kualiti, ini menjadikan alat ujian peka terhadap proses ujian. Kebanyakan ujian kehamilan meminta anda memegang jalur ujian dalam air kencing, dan kencing di atasnya semasa di tandas. Sesetengah ujian memerlukan anda untuk mencelupkan jalur ujian ke dalam cawan bersih di mana anda telah mengumpul air kencing.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan