
cikpuanfarah08
5 tahun
Ujian kehamilan yang keliru
Sy wanita berumur 33thn,pd 21/12 sy ade jumpa doktor dan scan perut untuk mengetahui status cyst sy… Sewaktu doktor scan, beliau mendapati cyst sy sudah tiada, tetapi beliau minta sy bg sample urine untuk cek kehamilan. Setelah melakukan test, beliau menyatakn test tersebut positif tetapi waktu scan mmng tiada nmpk ape2… Apa yg sy ingin bertanyakn adalah kenapa hari ini sy buat test di rumah, line upt tidak seterang yg doktor tu buat di klinik… Sy keliru…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi keputusan ujian kehamilan, antaranya adalah alat ujian kehamilan itu sendiri. Anda disarankan untuk merujuk kembali kepada doktor yang merawat anda untuk mendapatkan kepastian.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.