
Sulit
4 tahun
Ujian mantoux test secara detail
Saya telah menjalankan mantoux test dan ukuran benjolan diperiksa oleh pembantu pegawai perubatan KKM adalah 13mm.ujian kahak/air liur adalah negatif dan ujian darah WBC tinggi menunjukan ada jangkitan bakteria/kuman cuma laporan ujian xray belum pasti lagi,doktor KKM kata kemungkinan suspek penyakit tibi tapi kena tunggu doktor pakar untuk pengesahan lanjut.sehingga 3 minggu masih belum ada berita tentang laporan xray saya dan saya khuatir tentang kesihatan saya.saya tidak penah mengambil apa-apa suntikan yang mempengaruhi mantoux test.saya pun kadang-kadang dada rasa macam ketat.minta pandangan doktor adakah saya benar2 ada penyakit tibi?tunggu laporan ujian xray dari KKM lama sangat dekat dengan 3 minggu dah.ujian convid19 pun xlama macam ni.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Untuk pengetahuan anda, mantoux test yang positif tidak sentiasa menunjukkan anda mempunyai Tibi. Hal ini kerana, jika anda pernah menerima suntikan BCG juga akan menyebabkannya positif. Untuk makluman anda, BCG ialah suntikan yang diberi pada hari kelahiran. Jika anda ingin mengetahui samada anda telahpun disuntik atau sebaliknya, terdapat parut pada bahu kanan atau kiri. Anda pasti tidak ingat jika anda disuntik lebih-lebih lagi jika suntikan itu pada hari pertama anda dilahirkan kedunia. Sekali lagi, saya nyatakan disini bahawa saya, saya perlu melihat sendiri imbasan tersebut untuk memberi kata putus. Maka, buat masa ini masih belum boleh diulas. Adalah menjadi satu kesalahan seorang doktor mengulas keputusan ujian tanpa melihat dengan mata sendiri kerana dikhuatiri maklumat yang disampaikan disalaherti.
Sekiranya anda ingin mendapatkan konsultasi yang selanjutnya untuk masalah ini, sila lik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih