
mlttservices
5 tahun
Ujian saringan dan pencegahan covid19
assalamualaikum/salam sejahtera
saya sedang berada di Korea pada masa ini. Sekiranya saya ingin pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.
- Adakah saya perlu melalui ujian saringan berkaitan covid19 dimana pusat kesihatan atau pun akan ada pihak KKM yang akan menjalankan proses saringan terhadap saya di KLIA?
- Adakah saya perlu kuarantin dimana-mana kawasan khas yang disediakan oleh pihak KKM bagi rakyat Malaysia yang akan pulang dari Korea?
- Adakah saya perlu mengasingkan diri dari berjumpa dengan keluarga dan kawan dalam masa 14 hari?
- Adakah pihak dari KKM akan memantaukan pergerakan saya setelah pulang dari Korea?
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai wabak COVID19 yang berleluasa ini. Memandangkan anda akan pulang ke Malaysia dari Korea, anda disarankan untuk memantau gejala COVID19 selama 14 hari selepas pulang ke Malaysia. Jika anda mengalami sebarang gejala seperti demam, batuk, kesukaran bernafas atau selesema anda disarankan kuarantin dirumah dan mengasingkan diri dari orang lain termasuk keluarga selama 14 hari. Pihak KKM tidak akan memantau anda namun, bagi mengelakkan penyebaran anda harus kuarantin jika terdapat gejala. Ujian saringan akan dijalankan di klinik kesihatan jika anda adalah orang yang berisiko tinggi untuk mendapat COVID19.
Anda disarankan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori
Anda juga boleh bercakap dengan doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya