
Sulit
4 tahun
Ujian UPT Positif tapi ada lendiran darah macam darah haid
Melalui ujian air kencing di klinik (UPT) sy positif mengandung tapi line kabur. Untuk pengetahuan saya telah tidak datang haid selama hampir 4 bulan.
Doktor minta saya datang semula 2 minggu lagi untuk scan.
Namun pagi ini selepas bersama suami, ada lendiran darah macam darah haid tapi hanya keluar semasa kencing sahaja.
Adakah itu darah haid ataupun saya telah keguguran atau ada masalah-masalah kesihatan lain kerana sy buat pemeriksaan rahim tidak aada cyst dan fibroid.
Mohon pandangan doktor… Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.