Sulit
4 tahun
Untuk mengetahui masalah kesihatan saya
saya berumur 22 tahun and baru berkahwin dalam 4month , after 2week saya berkahwin saya mengalami siptom pregnancy so saya test untuk mengetahui keputusan test saya 2line naik tapi satu lagi pudar , pada minggu seterusnya saya keluar darah tapi bukan macam darah period , pada minggu depan nya sya keluar darah period seperti biasa and tarikh dia seperti biasa , saya akan period 17-21/22 , dalam 25 syaa ada bersama suami, pada 31 saya bersama suami selepas 4/5 jam keluar darah lendir , pada 3hb saya demam panas dan berterusan muntah mual dan pening pada 7hb saya pergi ke klinik untuk ambil ubat tapi doktor suruh saya test sebab dia ckp saya siptom pregnancy tapi bila test still 2line tapi satu lagi pudar . bole doktor terangkan ?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ujian UPT menggunakan hormon hCG dimana jika terdapat hormon tersebut memberi gambaran yang anda sedang hamil. Anda hanya perlu melakukannya sekali sahaja ujian UPT apabila lewat haid dan disebabkan perubahan jumlah hormon tersebut di dalam badan, ia mengakibatkan sesetengah ujian kabur dan terang berbeza mengikut hari dan individu. Namun, secara kesimpulannya, jika ianya positif, maka keseluruhan ujian adalah positif walaupun garisan itu nampak seperti samar dan kabur.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya darah warna coklat/tompokan keluar antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.





























