Sulit
2 tahun
Upt naik double line blur before period
Hi doc, saya dah setahun kahwin. Lately ni mcm tak sedap badan. Tapi due date saya nak period 3 june 2021, 31/5 & 1/6 saya try test upt & naik double line tpi satu lg masih blur cuma nampak double line. Am I pregnant? Thanks doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai gejala yang anda hadapi iaitu tidak sedap badan dan ujian kehamilan dengan hasil dua garisan (double line) Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, ujian kehamilan mengesan hormon kehamilan yang dipanggil sebagai human hCG (human Chorionic Gonadotrophin). Hormon ini akan meningkat ketika waktu hamil. Kemungkinan keputusan pertama anda negatif kerana kadar hormon hCG terlalu sedikit dalam air kencing untuk dikesan ujian kehamilan.
Anda dinasihatkan untuk membuat ujian kehamilan 2 minggu selepas haid anda lewat. Anda juga boleh ke mana-mana klinik berdekatan untuk melakukan ujian kencing kehamilan ataupun melakukan ujian darah yang memberikan keputusan yang lebih tepat.
Akan tetapi, masalah ini boleh disebabkan oleh perkara lain yang memerlukan pemeriksaan susulan daripada doktor.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih