Anonymous
6 tahun
UPT negative boleh ambil Depo?
Saya brumur 25 tahun ,haid saya lewat bulan ni,Upt negative boleh kah saya mngambil suntikan perangcang @ DEPO?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan anda,
- Suntikan perancang ini hanyalah boleh diberikan oleh seorang doktor
- Suntikan perancang yang paling popular digunakan ialah Depo-Provera atau dikenali sebagai ‘medroxyprogesterone acetate
- Suntikan ini selalunya diberikan oleh doktor dan kebiasaannya pada bahagian lengan atau pun bahagian punggung
- Suntikan ini akan diberikan setiap 3 bulan dan fungsinya juga akan bertahan selama tiga bulan sahaja.
Untuk pengambilan suntikan ini, pemeriksaan yang teliti dan maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































