Sulit
2 tahun
Upt positif jadi negatif
Saya ada melakukan ujian upt… Result pertama ianya positif tetapi yg kedua pudar… Selang beraoa hari sy buat ujian upt lg… Dan ianya positif garis kedua makin pekat… Tapi yang ketiga sy buat hasilnya negatif… Kenapa ye?? Adkah sy hamil?? Mohon penjelasan…terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan keputusan ujian kehamilan menjadi negatif atau samar-samar, seperti:
- Cara penggunaan yang salah
- Hormon hCG terlalu rendah untuk dikesan oleh kit ujian tersebut
- Kehamilan kembar: Hormon hCG terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca atau dikesan oleh kit ujian
- Kit ujian yang rosak
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Selain itu, sejarah kitaran haid perlu diketahui dengan lebih lanjut dan kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dan pengesahan kehamilan dapat dibuat terhadap anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.