
krismorgan68
5 tahun
Upt positif tapi period
Saya wanita berumur 27 tahun dan usia perkahwinan dlm setahun 4 bulan , 26/4 adalah due period sy , tapi 25/4 tu sy buat upt check , n result upt positif double line , kemudian sy buat upt check secara menerus setiap hari 26 27 28 29 dh result masih positif , kemudian pagi 30/4 sy period , mulanya sy ingatkan bleeding tp periid sbb kuantiti drh makin banyak , sy nak tanya , apakah sy sebenarnya mengandung 1-2 weeks masa tu , atau tidak , skrg sy msh period dn tggu bersih baru nak double check upt lagi sekali , apakah sy keguguran atau apakah sy masih mengandung, atau aoakah sy mempunyai rahim yg lemah, terima kasih doc

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Walaupun pendarahan dari faraj tidak selalunya menandakan bahawa kehamilan tersebut mempunyai masalah, ia masih boleh menjadi tanda bahaya. Oleh itu, semua wanita hamil yang mempunyai pendarahan dari faraj patut mengunjungi doktor untuk diperiksa.
Antara punca-punca pendarahan ketika fasa awal kehamilan termasuk:
- Pendarahan implan
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Kehamilan molar
- Pendarahan selepas hubungan seksual
- Sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan termasuk trauma atau luka pada dinding faraj atau jangkitan faraj.
Kunjungilah doktor anda untuk diperiksa bagi memastikan keselamatan anda dan kandungan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!