Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Upt samar dalam tempoh makan ubat turun darah

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Jun 25, 2022 2:00 PM

Sulit 45 hari

saya wanita berumur 27 tahun …sudah berkahwin selama 2 taun…Belum mmpunyai anak…june 2021 sy tidak period sehingga kini…sudah pergi cek tp tidak pregnant…Tetapi pada 14/6/22 sy ada pergi jumpa doctor pakar puan dan beliau telah bagi saya makan ubt turun darah utk dmkn stiap malam… 23/6/22 sy sakit perut mcm gastrik,dan 25/6/22 awl pagi td sy mgalami muntah2 yg mcm air liur masin terus sy test UPT…Double Line samar2…boleh jadi kah saya hamil ?sdgkn sy blum lagi priod walaupun sudah makan ubat turun darah selama 1 mggu lebih…mohon Pencerahan dri Pihak Doctor…

Dr Sashini Seeni 45 hari
General Practitioner

Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, ujian UPT yang samar atau kabur boleh membawa kepada kekeliruan sama ada anda sebenarnya mengandung atau tidak, anda disarankan untuk melakukan beberapa kaedah di bawah untuk memastikan kualiti kit ujian kehamilan.

  • Ulang ujian kehamilan selepas dua minggu untuk memastikan konsistensi mendapat keputusan yang tepat.
  • Pastikan air kencing yang digunakan untuk menguji adalah sampel yang pertama pada waktu pagi.
  • Memastikan kit ujian kehamilan yang digunakan belum tamat tempoh penggunaan dan masih boleh digunakan.
  • Ujian kehamilan harus disimpan di tempat yang sesuai seperti dalam almari dan tidak terdedah kepada cahaya matahari.
  • Semasa pembelian kit ujian kehamilan, anda dikehendaki menyemak kadar sensitiviti yang tertera agar pengguna mendapat keputusan yang tepat.
  • Keputusan ujian kehamilan harus segera dibaca dalam tempoh 5 minit dan tidak lebih setelah sampel air kencing diambil kerana bimbang akan mendatangkan keputusan yang tidak tepat jika dibiarkan begitu lama.
  • Melawat doktor sakit puan untuk mendapatkan pemeriksaan ‘ultrasound’ atau rawatan lain untuk mendapatkan kepastian.

Sekiranya anda masih bimbang tentang keadaan anda, atau mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, sila rujuk doktor untuk nasihat dan rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang diperlukan.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ibu dan anak.

Dikemaskini pada: Sat Jun 25 2022 14:00:24 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Ujian dan vaksin COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian COVID-19 Dari RM70 Vaksin COVID-19 Dari RM109
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA Saringan Kesihatan Dari RM100
Ambil Ujian Darah
Lakukan ujian darah di rumah anda sekarang. Dapatkan keputusan dalam 2 hari.
Tempah Saringan Darah
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang ujian kehamilan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80