
Sulit
4 tahun
UPT samar-samar pada T-line (amalkan pil perancang)
Saya wanita dalam 30-an, anak kedua lahir pada 19/6/2020 dan saya amalkan pil perancang. Saya dan husband ada melakukan hubungan seks but after that saya akan consumed pil perancang. Namun semenjak beberapa hari ini, saya berasa tidak sedap badan dan sedikit loya. Saya ada buat ujian UPT, namun garisan samar-samar pada T-line. Adakah saya hamil lagi and yes, we are not ready for this. What should we do?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, secara amnya, ujian kehamilan mengesan hormon kehamilan yang dipanggil sebagai human hCG (human Chorionic Gonadotrophin). Hormon ini akan meningkat ketika waktu hamil. Kemungkinan keputusan pertama anda negatif kerana kadar hormon hCG terlalu sedikit dalam air kencing untuk dikesan ujian kehamilan.
Selalunya saya akan nasihatkan untuk membuat ujian kehamilan 2 minggu selepas haid anda lewat. Namun begitu, ujian kencing kehamilan mempunyai 97% keberkesanan untuk mengesan kehamilan tetapi ia boleh terjejas jika:
- ujian kehamilan rosak
- teknik yang salah
Anda boleh ke mana-mana klinik berdekatan untuk melakukan ujian kencing kehamilan ataupun melakukan ujian darah yang memberikan keputusan yang lebih tepat. Namun, sekiranya anda mengamalkan kaedah perancang yang betul seperti pengambilan pil perancang kecemasan (morning after pill) pada waktu yang betul, terdapat kemungkinan kehamilan adalah jarang walaupun ianya boleh berlaku pada segelintir kes. Terdapat pelbagai faktor lain yang boleh menyebabkan gejala seperti loya yang anda nyatakan. Pelbagai persoalan yang perlu ditanyakan kepada anda sebelum pihak kami membuat sebarang kesimpulan tentang punca sebenar gejala tersebut. Hal ini kerana maklumat lanjut adalah diperlukan bagi menetapkan suatu diagnosis.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Namun, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.