
nshahirahradzuan
4 tahun
UPT test c kabur, t pekat walaupun saya sudah terminate my pregnancy on last month
Saya berumur 24 tahun dan berkahwin, tidak merancang utk mempunyai anak setakat ini. Namun pd Oct saya disahkan hamil 4 minggu & saya memilih utk terminate the pregnancy. Harini, 12/11 i did another UPT bcs my cycle of period supposed to be on 8/11/2020. But the UPT showed line c a bit of blur, t very obvious. Am i pregnant still?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ujian kehamilan direka untuk mengesan hormon human chorionic gonadotropin (hCG) yang dihasilkan ketika hamil. Kadar hCG dalam badan akan berkurang selepas bersalin ataupun keguguran. Ujian kehamilan akan mengesan jika kadar HCG melebihi 20 mIU/mL. Kebiasaannya hCG akan berkurang menjadi normal dalam masa seminggu hingga 9 minggu.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.