Sulit
3 tahun
Uric asid dan kencing kotor
Saya wanita 30an…sy ada beli mesin cek uric asid di rumah sendiri…bila cek lepas makan mesti 404 kadang 436 kadang 476…kenapa high ye doctor?? Dan bila masa sesuai sepatut saya cek uric asid ni? Dan satu lagi kencing kotor tu sama macam kencing berdarah ke doc?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bacaan asid urik yang anda berikan perlu dirujuk dengan unit yang tepat. Bacaan normal dalam unit mg/dl bagi wanita dewasa adalah antara 2.6-6.0 mg/dl. Manakala bacaan normal dalam unit mmol/l pula adalah 155-357 mmol/l. Bacaan dalam unit mmol/l anda adalah sedikit tinggi dan ini boleh disebabkan:
- Makanan berprotein tinggi
- Lebih sel darah merah dihancurkan badan
- Kurang pembuangan asid urik oleh buah pinggang - kerana kurang minum air atau penyakit buah pinggang
- Kesan ubatan seperti aspirin
Berkenaan soalan anda mengenai air kencing kotor dan berdarah adalah tidak sama dan ia memberi petunjuk kepada sesuatu penyakit yang berbeza.
Sekiranya anda mengalami sakit pinggang atau sakit sendi yang melampau anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.