fasihashaari64
6 tahun
Utp positive tapi bila scan tak nampk kantung
hi dr. mohon pencerahan. adakah normal jika bila buat utp positive tapi bila scan tak nampak kantung lagi. btw, saya last period 14/12 sampai 20/12. patutnya saya hamil dalam 5-6 minggu. adakah ini normal dr? saya dah scan di klinik gov dua kali. minggu lepas dan harini tapi dr beritahu masih belum ada kantung. saya risau ni sangat ni dr. thank you dr
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ia boleh jadi disebabkan anda masih di awal minggu kehamilan. Silakan mengunjungi klinik untuk scan ulang dalam tempoh 2 minggu.
Untuk info dan maklumat lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.






























