Sulit
6 tahun
Vagina keluar pendarahan
Sy remaja 18 tahun… sy dah berkahwin. sy mngalami msalah d mana bulan October sy dah period slama 6 hari tp selepas hari ke 14, ada bercak darah coklat yg kluar n then lps dah 2-3 hri dah bertukar jd warna merah muda yg bukan mcm darah haid selama 11 hari.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan diluar waktu haid anda ini boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































