Sulit
2 tahun
Vaksin kepada bekas pesakit covid-19
Hi doc. Saya telah mendapat first dose vaksin pada 28/5/21. Dan sy telah mendapat temujanji untuk second dose pada 30/7/21 ni. Tapi pada 11/6/21, sy positive covid 19. Boleh ke sy ambil second dose pada 30/7 ni?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Mengikut garis panduan klinikal mengenai vaksinasi covid19, anda boleh ambil dose kedua setelah anda pulih dari akut penyakit covid19, iaitu jika anda tidak mempunyai gejala, serta anda telah memenuhi kriteria untuk bebas dari quarantine.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini