
Sulit
3 tahun
Vaksin utk warga emas
Mertua saya warga emas berumur 68 tahun dan tiada rekod kesihatan. Boleh ke beliau ambil vaksin??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan
Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda ingin mengetahui jika mertua anda bolehuntuk menerima vaksin atau tidak dan tidak mempunyai rekod kesihatan. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, mertua anda digalakkan untuk mengambil vaksin COVID-19 lebih-lebih lagi jika tidak mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi. Disebabkan mertua anda merupakan warga emas berumur lebih 60 tahun, beliau amat digalakkan untuk menerima vaksin.
Tanpa perlindungan daripada vaksin, ayah anda berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi yang serius jika dijangkiti COVID-19
Anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini