Sulit
3 tahun
Vasin kepada yang pernah di jangkiti covid 19 dan kesan sampingan kepada orang yang pernah di jangkiti
Saya berusia 31 tahun dan baru baru ni saya di sah kan positive covid 19 dan telah menjalani kuarintin selama 10 hari … jadi saya ingin tahu apakah kesan vasin kepada orang yang pernah di jangkiti covid ? dan adakah orang yang di jangkiti boleh mengambil vasin tersebut ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, menurut sumber Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), vaksinasi COVID-19 harus diberikan kepada masyarakat tanpa mengambil kira sejarah samada pernah dijangkiti COVID-19 dengan gejala mahupun tanpa gejala. Vaksin COVID-19 masih diperlukan bagi mereka yang pernah dijangkiti COVID-19, namun begitu, disebabkan beberapa perkara masih dalam penelitian, sebarang spekulasi adalah tidak digalakkan. Pihak berkuasa tempatan akan memaklumkan tindakan selanjutnya bagi vaksinasi buat golongan ini agar semua pihak dapat dilindungi tanpa sebarang kemudaratan. Berdasarkan penelitian, sukar untuk memberitahu siapa yang akan mengalami kesan sampingan dan siapa yang tidak. Hal ini kerana kesan sampingan adalah benar-benar bergantung kepada tahap sistem imun seseorang dan bagaimana tubuh bertindak balas.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk info lanjut, anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini