
nadiahmoin
5 tahun
Vertigo / tekanan darah rendah?
Assalamualaikum. Hai! Sy nak tanya. Sy kerap dengar bunyi nyaring kt telinga, kadang kadang situation bising pun bunyi nyaring tu ada. Then last night, sy tersedar dari tido dan alih position tido, sy cuba buka mata, ruang tu berpusing pusing. Sy tukar je position kiri ke kanan ianya akan jadi benda yg sama. Then after that sy cuba tido. Kul 6 bangun mandi, sy dongak kan kepala, sy terus rasa melayang dan mual.
Muka sy macam takde darah dah. Pucat. Then berpeloh peloh. Terus dilema macam mana nak pegi keje ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Benign paroxysmal positional vertigo
- Jangkitan telinga
- Sindrom Meniere
- Ketumbuhan pada telinga (Acoustic neuroma)
- tekanan darah renda
- kandungan gula yang rendah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.