
Sulit
5 tahun
Vitamin c semasa hamil
Saya hamil 5 minggu. Bolehkah saya mengambil vitamin c berocca kerana saya mudah letih di awal-awal kehamilan ini. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, vitamin C dalam dos yang disarankan selamat diambil semasa hamil. Keletihan merupakan antara simptom-simptom kehamilan pada peringkat awal. Pengambilan vitamin C tidak dapat membantu simptom ini tetapi bagus untuk kesihatan am sahaja.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.