Sulit
3 tahun
Waktu sesuai keluarkan iucd
Saya wanita berusia 39thn,dan sdng menggunakan iucd…akan tetapi saya teringin ada baby sblum umur mencecah 40thn…
Bila sy ke klinik kerajaan mcm² alasan mereka berikan pada sy agar tidak mengandung lagi…
Boleh sy menarik sendiri iucd itu…dan bilakah masa yg sesuai utk sy keluarkan??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda sedang hadapi. Untuk pengetahuan anda, waktu untuk mengeluarkan IUCD adalah seperti berikut:
- Hamil ketika IUCD berada di dalam rahim
- Ingin merancang kehamilan
- Mengalami kesan sampingan disebabkan oleh IUCD tersebut
- IUCD telah luput
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Ingin kami tekankan adalah dilarang untuk anda mengeluarkan IUCD tersebut sendiri kerana kami bimbang terdapat masalah semasa pengeluaran. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor dan berbincang tentang pengeluaran IUCD tersebut dan tentang niat anda untuk hamil.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara peribadi di atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.