Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Waktu tepat makan asid folik

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Julai 14, 2020 2:28 AM

Sulit 29 hari

Selamat pagi doc,sy akan berkahwin sebulan lagi, patut ke saya ambil acid folic dalam masa sebulan sebelum kahwin? Sebab saya terbaca kena makan 3 bulan sebelum kahwin… Boleh doc jelaskan. Terima kasih

Dr Sashini Seeni 29 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, anda boleh mulakan supplemen asid folik sebulan sebelum merancang untuk mendapatkan anak. Asid folik bertujuan mengurangkan risiko kecacatan semasa lahir seperti spina bifida dan anencephaly. Anda digalakkan untuk mengambil sekurang-kurangnya sebulan sebelum merancang kehamilan kerana kebanyakan masalah pembentukan saraf berlaku awal dalam kehamilan iaitu 3-4 minggu. Ini adalah sebelum kebanyakan wanita sedar bahawa mereka hamil. Terdapat juga makanan yang diperkayakan dengan folate yang boleh anda makan untuk membekalkan badan anda dengan vitamin ini.

Saya sarankan anda berjumpa dengan doktor pakar ibu dan anak untuk menjalankan pemeriksaan pra-hamil bagi memastikan kehamilan anda nanti lancar buat anda dan janin anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Jul 14 2020 02:28:12 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Ubat-Ubatan dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
nuraidahm.ariff
Termakan ubat batuk terlebih dos Anak st berumur 23 bulan berat 13kg termakan ubat batuk abangnya. Saya rasa dia termakan dalam 5ml. Apa patut saya buat? Baca lagi...
22 hari
Sulit
Pengambilan supplements peninggi Adakah supplements peninggi badan memberi kesan buruk kepada badan sepertu ubat tiens Baca lagi...
20 hari
Sulit
Cardiology specialist I am a man 46 years old from Iraq. I changed the Aortic valve in May 2015 in India, in addition, I have high blood pressure and chronic diabetes. now I am in Malaysia. I used to buy my medicine … Baca lagi...
29 hari
Sulit
Terguna ubat bekas pesakit hiv Adakah saya boleh dijangkiti hiv sekiranye saya telah terguna sisa ubat brkas pesakit iaiutu ubat oral mulut. Baca lagi...
34 hari
Sulit
Nak tanya tentang ubat escitalopram? salam sejahtera, bolehkah seseorang turunkan dos ubat (escitalopram) kerana merasakan bahawa kondisi semakin baik. Bolehkah klinik anda memberikan ubat tersebut dan apakah kesan sampingannya ? Baca lagi...
36 hari
Tebus baucar RM15 di e-farmasi >