Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Wanita 32 mengalami long covid simptom seperti asma. Sering sesak nafas dan wheeze

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 28, 2022 5:16 PM

pikahrahim90 12 bulan

Hi doc. Sy seorang wanita berkerjaya umur 32 tahun. Pada 6/3/2022 sy terkena covid. Selepas pulih sy mengalami simptom. Seperti asma sehingga sy diberikan ubatan asma dan pernah neb 2 kali. Dalam seminggu saya mengalami simptom sesak nafas dan wheezing sekurangnya 3 kali seminggu. Saya pernah terkena penyakit lelah semasa berumur belasan tahun. Namun taklah sampai perlu ambil inhaler. Pertanyaan saya. Adakah simptom ini akan hilang. Ataupun sy perlu hidup dengan asma hingga ke akhir hayat saya. Dan perlukah saya menggunakan inhaler?

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Dr Ramzdhan 12 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Anda mempunyai persoalan tentang long covid dan asma. Untuk pengetahuan anda, ujian pemeriksaan secara lanjut adalah diperlukan untuk membezakan jika anda mengalami gejala long covid atau lelah. Hal ini kerana kedua-dua keadaan ini boleh didapati dengan simtom-simtom yang hampir sama (sesak nafas, nafas laju, nafas berbunyi seperti wheezing). Pada masa yang sama, keterukan gejala anda juga dapat dinilai dan anda akan memahami lebih lanjut jika anda memerlukan terapi oksigen atau inhaler sepanjang hidup.

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih mengalami masalah batuk/sakit dada/batuk berdarah? Pakar paru-paru sedia membantu!

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19

Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini

Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

Dikemaskini pada: Sat May 28 2022 17:16:44 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang jangkitan coronavirus secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.