
ndelyla91
5 tahun
Warna najis berubah Dan tidak sedap perut
Doktor, saya seorang wanita berusia 29 tahun. Sejak kebelakangan ini, saya dapati najis saya berwarna gelap seakan hitam. Setiap Kali selepas saya buang najis besar, perut Saya juga akan rasa tidak selesa, tetapi bukan senak atau sakit perut. Lebih kepada cramp. Saya juga sangat kerap kentut. Apakah masalah yang dihadapi saya sesuatu yang serius atau hanya masalah angin/gastrik biasa?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah najis warna hitam dan kekerapan kentut boleh memberi gambaran kepada beberapa perkara:
- Pengambilan suplemon iron
- Pendarahan dalam saluran usus
- Masalah pada saluran pencernaan seperti pendarahan atau luka
- Faktor makanan
- Dehidrasi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.