
yahya.mmcp
5 tahun
Zaakar keluar lendir atau cecair putih
hai saya berumur 31tahun sejak 2hari lepas zakar saya keluar cecair putih seakan lendir tapi saya tidak mempunyai kegatalan di sekitar zakar atau pedih ketika membuang air… saya keliru la… kenapa perkara ini terjadi… saya dah berkahwin… sejak isteri saya mengandung saya jarang melakukan hubungan kelamin sejak kandungan masuk 7bulan… adakah saya mempunyai penyakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang pasangan anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Jangkitan kelamin boleh disebabkan kuman biasa (seperti kuman dalam usus) ataupun kuman dari penyakit seperti klamidia/gonorrhoea yang biasanya didapati kerana bertukar-tukar pasangan. Anda juga berisiko untuk dijangkiti dan dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan dengan doktor kerana anda juga telah mengalami gejala keputihan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.