
izzadrohaizad1999
5 tahun
Zakar Bernanah Dan Sakit Sedikit ketika kencing
Saya lelaki bermumur 20 tahu. Pada hari Rabu yang lepas, saya perasan melihat zakar saya keluar nanah dan agak sakit sedikit ketika kencing. Ubat apakah yang saya boleh beli di pharmacy ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala nanah dan sakit ketika kencing yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea/klamidia sekiranya pernah bersetubuh
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.