
Sulit
5 tahun
Zakar keluar cecair seakan air mazi
Saya berumur 36. Minggu lepas selepas saya membuang air kecil , saya sedari di aluran zakar saya terdapat cecair warna putih keluar tetapi sedikit. Saya tidak mengalami kesakitan, cuma cecair tu keluar dan mengering di seluar dalam saya. Say x pasti cecair apakah itu. Concern saya samada ia adalah air mani atau air mazi.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, cecair yang keluar dari zakar anda boleh disebabkan:
- Air mazi
- Nanah dari jangkitan saluran air kencing
- Penyakit kelamin
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.