Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Zakar lambat keras ada masa tidak keras

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 15, 2020 1:10 AM

Sulit 59 hari

Saya lelaki umur 32…ada masa bila bersama zakar lambat keras… Dan ada masa tidak keras… Apa yang patut saya lakukan

Dr Ramzdhan 59 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Untuk pengetahuan anda, mati pucuk terjadi apabila tubuh badan gagal mengenal pasti ransangan yang diberikan kepada alat kelamin, dan seterusnya gagal untuk menegangkan tisu alat kelamin yang membenarkan ereksi supaya berlaku.

Terdapat banyak faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya mati pucuk. Keadaan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu faktor-faktor yang boleh diubah dan faktor-faktor tidak boleh diubah.

Antara faktor-faktor yang boleh diubah:

  • Penyakit Kronik seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolesterol dalam badan
  • Gaya hidup yang tidak sihat
  • Berat badan berlebihan
  • Merokok
  • Penggunaan dadah terlarang
  • Aktiviti seksual tidak sihat
  • Masalah kesihatan mental

Faktor-faktor yang tidak boleh diubah. Antaranya;

  • Umur yang meningkat
  • Trauma kepada alat kelamin
  • Penyakit genetik
  • Penyakit saraf

Dengan mengawal dan merawat faktor-faktor yang boleh diubah, risiko mati pucuk dapat dikurangkan dan ia juga boleh merawat keadaan mati pucuk. Gaya hidup yang lebih sihat, mengurangkan berat badan, berhenti merokok, diet yang lebih seimbang, menguruskan tekanan emosi dengan lebih baik serta mengelakkan aktiviti seksual yang tidak sihat turut membantu dalam merawat keadaan mati pucuk.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Fri May 15 2020 01:10:21 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Zakar tidak membesar dan lembik Hye doktor saya nak tanya ape tindakan yang saya boleh buat untuk memulih kan zakar saya. ubat ape yang saya perlu ambik? Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Zakar saya tidak mengeras Assalamualaikum. Saya seorang lelaki berusia awal 17 tahun mendapati zakar saya tidak mengeras seperti yang biasanya. Saya mengaku yang saya kerap melancap dari usia muda. Adakah saya mengalami … Baca lagi...
5 bulan
Sulit
Tidak dapat ereksi dan mengekalkan Unable to get erection to having sex with my wife. And can’t think about it Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Zakar lembik semasa bersetubuh Saya berumur 39tahun,kurang bersenam dan mempunyai darah tinggi. Sejak seminggu ini, ketika bersama dengan isteri, zakar saya menurun,lembik. Pada awal sahaja ianya tegang. Sebelum seminggu masa… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Zakar kurang tegang cara untuk atasiNya? Sy mengalami masalah zakar kurang tegang bila bersama pasangan Baca lagi...
3 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi