Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Zakar Lemah dan lemah

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: September 23, 2020 7:12 AM

Sulit 29 hari

Zakar saya lemah dan mudah pancut awal… kalau tegang pun tak lama… apa yg perlu sy buat untuk kuat an zakar ?

Dr Sri Viknarajan 29 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi iaitu ejakulasi pramatang beserta zakar yang tidak tegang dengan lama.

Untuk makluman pihak anda, masalah ejakulasi pramatang boleh berlaku dan bukan perkara yang harus dirisaukan jika tidak kerap berlaku. Namun, anda harus tahu punca ejakulasi pramatang boleh berlaku seperti:

  1. Faktor Psikologi
  • Pengalaman seksual yang awal
  • Gangguan/deraan seksual
  • Rasa rendah diri dengan imej badan
  • Kemurungan
  • Risau akan ejakulasi awal
  • Rasa bersalah semasa melakukan aktiviti seksual
  1. Faktor biologi
  • Tahap hormon yang tidak normal
  • Tahap neurotrasnmitter yang tidak normal
  • Keradanagan atau jangkitan di urethra
  • Mewarisi sifat

Anda mungkin didiagnos dengan ejakulasi pramatang jika anda:

  • Sering mencapai ejakulasi dalam masa 1 minit
  • Anda tidak dapat mengawal ejakulasi untuk melambatkannya setiap masa
  • Anda rasa tertekan dan kecewa lalu mengelakkan aktiviti seksual

Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.

Anda tidak digalakkan untuk menggunakan apa-apa ubatan kerana anda belum berkahwin dan belum ingin mempunyai zuriat. Anda boleh melakukan senaman pelvis untuk menguatkan bahagian pelvis anda.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

Dikemaskini pada: Wed Sep 23 2020 07:12:37 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Urologi tentang ejakulasi pramatang secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Sulit
Sama sahaja kerana lemah kepada habuk debu..bila terkena akan selsema Saya 20tahun mengandungi nafsu sex yg kuat…tetapi mengapa zakar saya cepat tegang Dan cepat mengaeluarkan air mani…tidak tahun lama…itulah masalah saya Baca lagi...
5 bulan
Sulit
Kurang tegang, dan masalah pancut awal Hi, saya 35, 2 tahun kahwin. Saya ada masalah cepat pancut, dan kurang tegang semasa hubungan sex dengan isteri saya. Air mani pun tak banyak sangat, dan tak sepekat macam dulu. Boleh doctor bag… Baca lagi...
4 bulan
Sulit
Lemah Tenaga Batin Dan pancutan awal Saya lelaki berusia 35 Tahun… Boley cadangkan ubat utk pulihkan tenaga batin Saya Dan Dan cepat pancut. Baca lagi...
5 bulan
Sulit
Cepat pancut kurang tegang Hi saya umur 26 mengalami maksalah cepat pancut kurang tegang ape ubat yg sesuai untuk permanent Baca lagi...
4 bulan
Sulit
Kerap sakit pada buah zakar Suami saya,27,mengadu bila dia penat bekerja back to back tanpa rehat yang cukup,dia mula rasa sakit pada buah zakar.Apabila dia mahu melakukan sex,dia cakap susah untuk penis dia keras,buah zak… Baca lagi...
5 bulan
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!