Sulit

3 tahun

Saya berumur 18, Saya mendapati,,Saya lemah syawat,,apabila zakar Saya dirangsang terus Naik dan cepat pancut..ada lemah syawat boleh dirawat dan apakah solusinya doctor..mohon pecerahan…terima kasih

Saya berumur 18, Saya mendapati,Saya lemah syawat,apabila zakar Saya dirangsang terus Naik dan cepat pancut…adakah lemah syawat boleh dirawat dan apakah solusinya doctor?..mohon pecerahan…terima kasih

Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, masalah cepat pancut juga dinamakan sebagai ejakulasi pramatang. Ejakulasi pramatang ialah situasi di mana seseorang mengalami ejakulasi lebih cepat daripada apa yang lelaki dan pasangan mahu. Pesakit mengalami ejakulasi kurang daripada 2 minit selepas ereksi. Selepas ejakulasi, zakar tidak lagi akan mengalami ereksi menjadikan sebarang hubungan seksual tidak boleh diteruskan.

Rawatan kepada masalah ini terdiri daripada rawatan tanpa atau dengan ubat-ubatan. Semua ubat makan hanya boleh digunakan dengan preskripsi doktor anda .

Walaubagaimanapun, cara mengatasi pancut awal tanpa ubatan termasuk kaunseling, senaman tertentu, kondom dan teknik yang digunakan semasa hubungan seks. Rawatan ini adalah disyorkan oleh doktor anda sebelum pengambilan ubat sekiranya rawatan ini tidak berjaya.

  • Kaunselling
    • Sesi kaunselling dapat membantu anda mengurangkan kegelisahan ketika mempunyai masalah ejakulasi pramatang. Ia juga memberikan anda cara-cara untuk menangani stres dan membantu memperbaiki hubungan anda dengan pasangan anda.
    • Kebanyakkan orang yang mempunyai ejakulasi pramatang akan berasa kecewa dan bersalah kerana tidak dapat memuaskan pasangan mereka. Masalah ini perlu dibincang dan diselesaikan secara terbuka .
  • Senaman otot pelvik
    • Senaman ini membantu menguatkan otot dalam pelvik anda untuk memperbaiki masalah ejakulasi pramatang. Senaman ini juga dipanggil Kegel exercise .
    • Ia memerlukan teknik yang betul dan penggunaan cara yang sistematik.
  • Teknik jeda-pegang
    • Teknik ini boleh digunakan semasa hubungan seks anda. Ia memerlukan kesefahaman antara anda dengan pasangan untuk mencapai objektifnya.
    • Konsepnya adalah berhenti sejenak sebelum datangnya orgasma anda dengan memegang zakar anda supaya ejakulasi tidak berlaku . Proses ini perlu dilakukan secara berulang supaya anda boleh mengawal ejakulasi anda.
  • Kondom
    • Penggunaan kondom ini juga boleh mengurangkan sensitiviti zakar anda semasa hubungan seks . Hal sedemikian boleh membantu mengatasi ejakulasi pramatang.
    • Kondom boleh dibeli di farmasi ataupun pasar raya yang terdekat. Pada masa yang sama, kondom merupakan alat kontraseptif yang efektif.

Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Jika masalah anda berlarutan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih

Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

erectile%20dysfunction

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)