
Sulit
4 tahun
Zakar mengecil dan mengecut selepas kencing menyebabkan air kencing menitis dekat seluar dalam.adakah ia normal@x normal?
Salam sejahtera.saya berumur 34 tahun.saya mengalami masalah kencing menitis dekat seluar dalam selepas kencing belakangan ini.adakah ia lebihan dari air kencing yang tidak keluar habis dari zakar.saya juga perasan yang zakar saya akan mengecut@mengecil selepas buang air kecil.adakah ia dari perubahan zakar mengecut menyebabkan lebihan air kencing tertinggal.saya tidak mempunyai sakit apabila kencing.cuma masalah air menitis sedikit sja yang lekat dekat seluar dalam.harap di beri penerangan.terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Jangkitan salur kencing atau urinary tract infection
- Karang di dalam salur kencing
- Radang prostat ( prostatitis )
- Jangkitan kelamin ( sexually transmitted disease )
- Benign prostatic hyperplasia
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mempunyai gejala ini juga:
- Sakit ketika membuang air kecil
- Air kencing berwarna gelap atau bercampur dengan darah atau nanah
- Air kencing berbau busuk
- Demam
- Gejala yang dialami mengganggu aktiviti harian dan tidur anda
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.