
Sulit
5 tahun
Zakar mengecut dan cepat lembik
Saya lelaki berusia 20tahun , dahulu saya seorang lelaki yang agak gemuk , kini saya sudah berjaya mengkuruskan diri , masalah saya , zakar saya mengecut sehingga menjadi sebesar ibu jari sahaja , ia masih mampu untuk menegang , namun ia dalam masa yg agak singkat sahaja , adakah saya perlu lakukan pembedahan , atau ada cara lain bagi mengatasi masalah ini ? Terima Kasih Doc

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
*Penyakit jantung
*Diabetes
*Obesiti
*Kolesterol tinggi
*Darah tinggi
Oleh sebab itu, anda dinasihati agar:
- Mengamalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan daripada merokok
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.