
Sulit
3 tahun
Zakar tidak menegang mungkin setelah consume Finasteride 1mg. Adakah ia kesan sampingan yang berpanjangan?
Sy berumur 30 tahun. Sy mengalami masalah keguguran rambut. Jadi, sy telah consume finasteride seperti yang dicadangkan oleh kenalan. Namun, sy dapati zakar saya sukar untuk menegang dan keinginan seks berkurangan. Dan ketika itu baru sy dapati di internet bahawa finesteride menyebabkan zakar sukar ereksi. Jadi, sy baru berhenti consume finasteride. Adakah kesan ini berpanjangan dan memerlukan rawatan atau ianya akan kembali normal selepas beberapa hari tidak consume finasteride?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda mengenai gejala yang dialami. Untuk pengetahuan anda, ubat yang dinyatakan oleh anda merupakan ubat yang biasa digunakan untuk merawat masalah keguguran rambut dan juga rawatan benign prostatic hyperplasia. Antara kesan sampingan ubat ini adalah:
- Perubahan mood
- Alahan
- Reproduksi atau seksual:
- Lemah syahwat
- Mati pucuk
- Air mani kurang berkualiti
- Masalah ejakulasi
- Sakit payudara
Namun begitu, gejala yang dialami oleh anda adalah sementara dan kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan alternatif disebabkan anda mengalami kesan sampingannya dan seterusnya mendapatkan rawatan bagi gejala yang dialami.
Ini hanyalah penerangan kami secara am mengenai masalah yang dialami oleh anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.