Sulit
3 tahun
Adakah susu boleh menyebabkan kanser?
Saya seorang remaja berumur 18 tahun . Tadi saya mendengar ada orang mengatakan bahawa produk tenusu daripada haiwan boleh membantu sel kanser membiak . Adakah ini benar ? Adakah semua susu tidak digalakkan minum terlalu kerap?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, tiada bukti yang menyatakan susu ataupun produk susu akan menyebabkan kanser. Malah terdapat kajian yang menyatakan susu boleh mencegah kanser usus disebabkan komponen seperti kalsium dan vitamin D memberikan perlindungan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.