Kahak berdarah dan hingus berdarah


Anonymous Patient 19 days

Saya masih student dan hampir setiap bulan saya akan demam teruk . Saya cuma nak tanya adakah kahak berdarah dan hingus berdarah perkara biasa? sebab bila keluar darah tu kepala jadi sakit sangat sangat . Macam mana nak tahu sistem imunisasi diri ni kiat atau tak?

Answered by doctor
Dr Sri Viknarajan Doctor 19 days
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Luka pada tekak akibat batuk berlebihan
  • Luka daripada rongga hidung mengalir ke tekak
  • Jangkitan paru-paru
  • Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
  • Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Last Updated: Tue Jan 07 2020 13:59:05 GMT+0800 (+08)
4.87
Ask a doctor online
Stuck in meetings all day long?
Speak to an online doctor now!
Consult a Doctor Online
Ask Doctor For Free RM12 OFF | Medicines & Supplements