
Anonymous
3 years
Efek vaksin pada swab test
Bakal suami sye baru abiz kuarantin sbb positif cov19 dan sye pulak bakal terima 1st dos vaksin dan kami akn buat swab tedt hujung bulan nie
sbb nak nikah… nak tny ade ape2 efek tak pada swab test kami nnt

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 years
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan keterangan diatas, anda ingin mengetahui sekiranya vaksinasi akan mempengaruhi keputusan saringan swab test COVID-19. Kami akan cuba menjelaskan kepada anda.
Umumnya vaksin COVID-19 tidak akan mempengaruhi hasil ujian saringan COVID-19. Namun begitu, kajian mendapati bahawa, vaksin COVID-19 berpotensi untuk mempengaruhi pemeriksaan antibodi seseorang.
Oleh kerana kajian terkini mendapati individu yang telah di vaksin juga masih boleh dijangkiti COVID-19 (namun risiko mendapat komplikasi amat rendah), anda disarankan untuk melakukan ujian saringan sekiranya berasa anda terdedah kepada sumber jangkitan.
Oleh itu, saya menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mendapat kepastian. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan informasi serta maklumat yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Please visit https://covid-19.moh.gov.my/ to get the latest information and guidelines regarding COVID-19 and COVID-19 vaccination
To Book Private COVID-19 Vaccination, Click Here
To Book COVID-19 PCR/RTK Test, Click Here