
Anonymous
4 tahun
1.Benjolan dalam hidung yang membengkak
Sy wanita 26 thn. Sy mengalami masalah hidung tersumbat dan sukar bernafas setiap kali balik ke kg (kg saya cuaca sejuk). Setiap kali petang atau suhu yg sejuk cthnya dlm blk yg bhawa dingin, hidung sy automatik akan tersumbat seakan2 selesema. Namun jika berada di kawasan yg cuaca panas sy tidak mengalami mslh tersebut. Sy ada pergi ke hospital kerajaan, pembantu perubatan mengatakan sy hnya terkena jangkitan selesema oleh org disekeliling sy. Lalu memberikan sy ubat selesema dan vitamin c. Ubat telah hbs namun mslh yg sama masih berlaku. Sy pun pergi ke 2 klinik swasta yg terdekat, klinik A doktornya mengatakan sy mempunyai polips @ketumbuhan. Klinik B doktornya mengatakan sy hnya alergic cuaca sejuk hingga menyebabkan bhgian dlm rongga hidung membengkak. Kdua2 mereka mengatakan keadaan ini tidak berbahaya. Benjolan dlm hidung sebelah kanan jika dilihat dr cermin amat jelas kelihatan. Sperti guli. Kdua2 klinik ada memberikan saya nasal spray, namun benjolan dlm hidung sama sekali tidak mengecil. Keadaan ini menyebabkan sy takut. Hendak ke hospital utama tetapi jauh… 300km. Sy bekerja dj kawasan pedalaman…simptom utama, hidung tersumbat bila keadaan sejuk, sukar bnafas, hidung seperti ada bendalir tetapi xdpt dikeluarkan. Ada benjolan bulan sebesar guli dkt hidung kanan…Apa pendapat doctor. Benarkan ini adalah ketumbuhan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Polip hidung adalah ketulan yang membentuk dalam hidung atau sinus. Ianya biasa dijumpai di sekitar kawasan di mana sinus masuk ke dalam rongga hidung. Masalah ini sering dikaitkan dengan alahan atau asma. Ketulan yang lebih besar boleh menghalang pengaliran cecair sinus. Apabila terlalu banyak cecair atau lendir berkumpul di dalam sinus (hidung), ia boleh dijangkiti kuman.
Tanda-tanda Polip hidung adalah termasuk:
- Hidung hidung atau tersumbat
- Kerap Bersin
- Hidung berair
- Kesakitan muka
- Masalah dengan rasa bau
- Kehilangan rasa
- Gatal di sekeliling mata
- Jangkitan
Jika anda memerlukan rawatan, anda mungkin akan bermula dengan semburan kortikosteroid hidung. Dalam banyak kes, ia boleh menyusut atau menghilangkan polip hidung. Sesetengah orang perlu mengambil pill kortikosteroid selama seminggu mengikut nasihat doktor yang membuat pemeriksaan.
Malangnya, polip hidung cenderung kembali jika kerengsaan, alahan, atau jangkitan berterusan. Oleh itu, anda perlu terus menggunakan semburan kortikosteroid dan dapatkan pemeriksaan dengan endoskop hidung jika ianya berlarutan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.